BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 31, 2010

NASYID DAN AKHLAK

Kita seringkali terdengar mengenai hiburan masa kini sama langsung atau tidak langsung. Contohnya kita dapat lihat hiburan di media elektronik dan media massa seprti d kaca televisyen, radio, surat khabar, majalah dan di mana-mana tempat. Ramai orang pada masa kini lebih suka berhibur dengan lagu-lagu yang ala-ala barat yang mana lagu-lagu yang melalaikan yang boleh menjauhkan diri daripada Allah. Contohnya kita melihat gaya persembahan serta akhlak mereka dalam program reality tv, konsert sure heboh, 1 Millionaire, Akademi Fantasia dan sebagainya. Artis-artis tanah air ini menunjukkan persembahan yang sangat baik sekali dengan gaya persembahan yang boleh menarik minat orang ramai. Ini kerana mereka ini bijak melakukan sesuatu yang memenuhi citarasa pendengar. Tapi sedarkah mereka pendengar-pendengar itu bahawa hiburan-hiburan yang sebegini dapat menarik mereka dalam kehancuran??Walaupun menarik minat orang ramai akan tetapi hiburan yang melalaikan bukan sesuatu yang mambawa kepada manfaat tetapi sebaliknya. Hiburan dibolehkan selagi mana ia tidak melalaikan. Jadi di sini kita dapat lihat artis-artis ni berada di atas pentas menyanyi dengan gaya mereka yang tersendiri, membuka aurat mereka bagi yang perempuan, yang lelaki dengan gelagatnya semata-mata untuk mendapat nama dan menarik minat penonton. Akan tetapi dengan perbuatan mereka ini mereka akan mendapat dosa kerana melanggar hukum syara’ yang telah ditentukan oleh Allah. Kenapa masih ramai lagi orang tidak berfikir tentang ini??saya amat sedih apabila ramai orang lebih cenderung kapada konsert-konsert hiburan seperti ini. Apabila ada komsert-konsert seperti ini ramai orang yang membanjirinya serta sangat seronok melihat persembahan mereka di atas pentas masyaAllah…..amat menyedihkan lagi amat kurang orang yang berminat konsert-konsert yang berunsurkan Islam padahal hiburan yang berunsurkan Islam inilah yang membawa keredhaan ilahi,yang mana dapat menenangkan hati yang gundah gulana, yang mendekaktkan diri dengan pencipta. Ramai orang yang tidak menyedari bahawa hiburan nasyid ini adalah hiburan yang bersendikan Islam. Di Malaysia kumpulan nasyid juga telah membuktikan kemampuan mereka untuk mendapat tempat di hati peminat seni suara akan tetapi berbeza pada masa sekarng yang mana ramai org kurang berminat dan kurang mendapat tempat di hati pendengar.


Pada saya, sebab-sebab ramai orang yang tidak meminati nasyid kerana cuba kita lihat akhlak penasyid itu sendiri di mana mereka berkelakuan seperti bukan seorang penasyid. Jadi orang ramai melihat bahawa nasyid ini tidak bagus padahal nasyid ini merupakan hiburan yang ada dengan nilai murni. Sepatutnya akhlak penasyid itu boleh menjadi contoh teladan kepada penontonnya agar mesej dakwah yang hendak disampaikan boleh dihayati oleh pendengar dengan baik tanpa ada keraguan. Ini kita lihat sekarang akhlak penasyid itu sendiri yang membuatkan penonton lebih minat kepada artis-artis tanah air kerana akhlaknya dengan penonton agak baik berbanding dengan akhlak penasyid. Jadi nasyid ini dtelah dipandang serong oleh orang ramai kerana akhlak penasyid itu sendiri yang membuatkan orang ramai semakin jauh dengan peminatnya. Agak terkilan apabila mendengar apabila akhlak penasyid yang kurang sopan menjadikan penasyid itu tidak dihormati dan tidak menjadi idola orang ramai.

Jadi di sini kita perlu sedar bahawa untuk menarik ramai orang minat mendengar nasyid, akhlak penasyid itu sendiri mestilah dengan adanya ahli kumpulan yang mempunyai keperibadian dan berakhlak dengan akhlak yang baik kerana sememangnya dapat menjadi tauladan kepada semua lapisan masyarkat. Walau bagaimana pun, kumpulan nasyid tersebut hendaklah menjaga nama baik kumpulan mereka agar mereka tidak dipandang serong oleh masyarakat terhadap kumpulan mereka dari segi penampilan mereka itu sendiri. Bak kata pepatah bukan senang nak jadi senang. Oleh yang demikian, untuk mendapatkan kepercayaan daripada setiap generasi terhadap sesebuah kumpulan nasyid yang baru adalah agak sukar. Oleh itu, setiap kumpulan nasyid tersebut haruslah menjaga keperibadian dan akhlak mereka agar tidak tercemar dari anasir-anasir yang tidak sepatutnya berlaku dalam sesebuah kumpulan nasyid tersebut.

0 comments: