BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 31, 2010

FENOMENA ORANG YANG TIDAK SABAR DI BULAN RAMADHAN

Bagi umat Islam yang berpuasa, dijanjikan dua keseronokan. Pertama, ketika tiba masa hendak berbuka. Kedua, apabila tibanya Aidilfitri.


Berapa ramai antara kita yang tidak seronok ketika hampir tiba waktu berbuka? Pasti semua orang tidak sabar-sabar menanti waktu itu. Ada yang awal-awal lagi sudah berkira-kira menyusun makanan apa yang mahu dimakan dahulu. Ada juga yang sudah bersiap sedia menyusun makanan ke dalam pinggan sendiri ataupun meletakkan makanan kegemaran betul-betul di hadapannya kerana takut dihabiskan orang lain. Ada juga yang sudah duduk di hadapan hidangan sedangkan ketika itu azan hanya akan berkumandang setengah jam lagi.

Pada bulan Ramadan, syaitan dibelenggu dan manusia dapat beribadat tanpa gangguan. Namun mampukah kita melawan dan mengawal nafsu? Apabila bercakap soal makan dan hidangan berbuka, pasti ramai yang tiba-tiba teringin makan bermacam-macam hidangan. Pada bulan-bulan biasa, pisang yang berlambak di dapur langsung tiada sesiapa yang mahu makan. Namun apabila tiba bulan puasa, pisang yang dahulunya tidak dipandang itu kelihatan sedap pula. Seolah-olah ia melambai-lambai pandangan dan mengecurkan air liur. Ketika itu bermacam-macam menu pisang yang muncul di dalam benak; pengat, cekodok, pisang goreng, lepat dan lain-lain lagi.

Apabila pergi ke kedai pula, sebaik tiba di rak-rak makanan, semuanya nampak menggoda. Bayangkan pula sekiranya berada di bazar Ramadan yang penuh dengan beraneka juadah, daripada yang biasa-biasa hinggalah kepada juadah yang pelik-pelik. Pasti ketika itu ramai yang gagal mengawal nafsu. Semuanya dibeli. Apabila tiba di rumah, ada pula ahli keluarga yang turut membeli bermacam-macam makanan. Akhirnya, apabila selesai berbuka, makanan itu masih berlambak-lambak. Hingga waktu sahur pun makanan itu sudah tidak terusik lagi. Kita mengawal nafsu dan bukan nafsu mengawal kita. Mari sama-sama mengingatkan diri.

Kita juga diuji dngan kejujuran dan keikhlasan. Timbul juga ahirlah sifat-sifat mazmumah seperti tamak, hasad, pemarah dan lain-lain. Maka apabila seseorang makan dengan banyak, nafsunya akan menjadi kuat dan sifat mazmumah akan meningkat untuk disalurkan pada jalan-jalan kemungkaran.
Apabila sudah melewati beberapa hari berpuasa, maka ketika itu setiap hari masing-masing sudah mula sibuk membilang tinggal berapa hari lagi Aidilfitri, siapa yang sudah ponteng puasa, siapa yang masih mengekalkan rekod berpuasa dengan cemerlang. Ketika ini ramai yang mula mencongak-congak berapa jumlah pungutan duit raya. Baju dan kasut raya jangan ceritalah, sudah tentu awal-awal lagi sudah digayakan di hadapan cermin. Mungkin juga ada yang sudah tidak sabar-sabar menyuruh ibu buat kuih raya ataupun sibuk bercita-cita menyuruh ibu membeli kuih-kuih raya kegemaran. Ketika inilah terasa keseronokan kedua bagi orang yang berpuasa. Setiap hari asyik mengira berapa hari lagi tibanya hari raya.

Perlu diingat, Ramadan bulan istimewa. Ibadah yang dilakukan pada bulan ini Allah melipatgandakan pahalanya. Tarawih ialah ibadah khusus dan istimewa pada bulan ini. Tidak ada solat tarawih pada bulan-bulan biasa. Oleh sebab itu, rebutlah peluang menunaikannya ketika masih ada kesempatan. Begitu juga membaca al-Quran. Aktiviti bertadarus seronok apabila dilakukan secara berkumpulan. Namun kini disebabkan kesibukan, ramai yang memilih melakukannya secara individu. Apapun, rebutlah tawaran hebat yang Allah sediakan khusus pada bulan istimewa ini!

Puasa juga menghasilkan kesabaran. Ia adalah suatu sifat yang sentiasa ada pada para da’i kepada Allah. Ia membantu mereka bersabar mengharungi halangan dan meneruskan perjalanan di jalan da’wah tanpa rasa hina, lemah dan ingin tunduk kepada musuh.

Maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.

(Surah Ali-’Imran: Ayat 146)

Bertepatan dengan firman Allah SWT bermaksud:

Oleh itu puasa yang benar-benar menjadi medan latihan ialah puasa orang soleh iaitu puasa yang dapat menahan nafsu serta anggota pancaindera seperti pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan anggota-anggota tubuh lain daripada melakukan dosa. Kemudian meningkat setahap lagi menjadi puasa orang muqarrabin yakni orang yang hatinya hampir dengan Allah dimana hati dan akal fikiran dikawal daripada mengingati selain Allah.

0 comments: