BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 31, 2010

DOA YANG TIDAK TERHIJAB

Berdoa merupaka satu langkah yang produktif. Bukan mudah bagi seorang hamba menggerakkan hati dan lidahnya untuk berdoa jika tidak kerana taufik dan hidayah Allah. Tidak kira samada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah akan beri perhatian. Allah berfirman yang bermaksud:


“Berdoalah kepadaku nescaya Allah akan perkenankan.”(Surah Ghafir 40:60)

Allah memberikan hak istimewa kepada golongan yang tertentu. Doa mereka ini takkan terhijab malah mustajab,s siapakah mereka?

Doa ibu bapa kepada anak-anak mereka. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu doa seorang bapa dan ibu, doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.

Doa anak soleh yang mentaati kedua-dua ibu bapa. Rasulullah s.a.w bersabda tentang uwais bin ‘Amir’:”Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah s.w.t. akan memakbulkannya”

Doa orang yang berada dalam kesusahan dan orang yang dizalimi.Rasulullah bersabda takutlah kamu dengan doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya antara doanya itu dengan Allah s.w.t.

Doa seorang sahabat yang mendoakan sahabatnya.

Doa orang yang bermusafir.

Doa pemimpin yang untuk orang di bawahnya.
Doa orang yang berpuasa hingga berbuka. Rasulullah bersabda,”Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.

Waktu yang dimakbulkan doa ialah pada hari jumaat, malam hari raya aidlfitri, malam hari raya aidiladha, malam 10 muharram, malam nifsu syaaban, malam lailatulqadar, malam sepertiga malam yang akhir, ketika hendak berbuka, antara azan dan iqomah, pada waktu khatib duduk antara dua khutbah,setelah selesai solat fardhu, antara zohor dengan asar, selepas khatam al-Quran, ketika mula turun hujan terutama selepas kemarau, setelah melakukan amal soleh, selepas bersedekah kepada fakir miskin.

Tempat dimakbulkan doa ialah ketika melihat kaabah, ketika tawaf,ketika multazam, di bawah pancuran emas, di sisi telaga zamzam ketika tenggelam matahari, di belakang makan Ibrahim, dia tas bukit solat, di atas bukit marwah, di tempat sa’i, di Arafah, di muzdalifah, di mina, di jamrah ula,di jamrah wusto, di jamrah aqabah, di dalam masjid Nabaw.
Adab dan Etika ketika berdoa ialah,Menjaga sumber rezeki seperti makanan, minuman, pakaian dan segalanya adalah halal, Sentiasa dalam keadaan suci seperti berwuduk, Memulakan dan mengakhiri doa dengan memuji Allah SWT dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad SAW, Halakan wajah ke arah kiblat dan mengangkat kedua tangan untuk memohon doa, Berdoalah dengan bersungguh-sungguh serta penuh keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT dan memohon keampunan daripada-Nya, Bersikap rendah hati, tulus ikhlas, rendahkan suara, khusyuk serta penuhi rasa takut, cinta dan rindu kepada Allah SWT, Elakkan memohon doa perkara yang tidak munasabah atau tidak masuk akal.

Di samping itu juga, antara pilihan doa yang baik untuk diamalkan sebagaimana Nabi Muhammad SAW membaca “Ya Allah! Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka“, Bacalah doa dalam keadaan tenang dan nada yang rendah. Selalu ulangi doa tersebut. Ketika berdoa untuk diri sendiri, jangan lupa untuk berdoa untuk orang lain termasuk ibu bapa, keluarga, saudara seIslam, pemimpin dan bagi yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Selain itu,Meminta orang alim atau mulia kedudukan dalam agama untuk kesejahteraan anda, Jika anda mahu berdoa untuk orang bukan Islam, pohonlah agar diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT. Ia lebih baik daripada memohon keburukan berlaku ke atas mereka. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui, Doa orang yang dizalimi dan dianiaya, Banyakkan doa tatkala susah mahupun senang, Mengakhiri doa dengan mengaminkannya.

Oleh itu, kita mestilah berdoa untuk mendapatkan apa sahaja yang dihajati kerana hidup di dunia ini tiada yang percuma dengan cara yang betul supaya Allah memakbulkan doa kita.

0 comments: